Wednesday, November 11, 2009

Kelantan Vs Negeri Sembilan






rasa nya tak terlambat lagi aku nak tulis isu hangat ni.bukan aper aku ni pn salah seorang peminat setia bola sepak tempatan.utnuk musim ni dengan perasaan hampanya aku tak gi tengok piala malaysia kat Stadium coz Selangor tak masuk Final.Hw Evr,aku still follow this game from my hse.kira ok la...tak der la penat sangat kan..perlawanan malam tu mmg panazzz la bg aku...tgk ajer la kat tv dengan penyokong pasukan Kelantan yang lebih dr 70000 menggamatkan suasana berbanding dengan penyokong negeri sembilan yang dikabar kan hanya lebih kurang 25000 orang sahaja..mmm tapi tak per itu semua tak penting yang penting game malam tu..aku tetap yakin N( akan berjaya malam tu.Keyakinan aku bertukar menjadi kenyataan bila N9 berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan gol 3-1.mmm...boleh tahan jugak N9 ni...meleleh air liur penyokong Klantan di buat nya..huhuhuuh..tapi aku betoi2 respec dengan jaringan terakhir/tunggal dari pasukan Kelantan yang di sempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin.Memang cun giler sey free kick dia...dengan satu sentuhan jer dia dapat menundukkan penjaga gol pasukan N9.Syabas Indra..Walaupon Kelantan tewas tapi jaringan gol tu cukup membuatkan penyokong N9 ternganga...huhuhuhu...tapi jaringan tu dah terlambat la...maybe badan br nak panas kot...huhuhu...secara realitinya dari sudut pandangan aku kedua-dua pasukan ada kelebihan masing2.Tapi pasukan N9 lebih menyerlah malam tu
mugkin kerana semangat kenegerian yang tinggi ingin di tonjolkan oleh pemain2 nya berbanding dr pasukan Kelantan yang rata2 semua pemain nya bukan anak jati Kelantan.Mungkin itu juga boleh di jadikan diantara sebab kekalahan mereka pada malam tersebut.Aku paling tak puas hati dengan penyokong Kelantan ni..tak der semangat kesukanan langsung...kalah skit bakar sana sini..buat huru hara kat tempat orang..ape2 ntah..mgkin bukan semua tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga..yang susah nya KAFA yang di kenakan denda RM 50000 atas masalah penyokong2 nya...apa la...ape pon tahniah N9..Good Job..Idup Nogori...

Wednesday, November 4, 2009

Biscuit teacher and Candy Students...

Last weekend aku ada banyak sangat masa free..nak tido pon dah letih..so,aku mengambil inisiatif ni tengok citer Korea(tajuk yang kat atas tu..).Memang best giler la...citer ni komedi romantik..pastu ada la skit2 citer sedey nya..aku pon layan citer ni la citer ni dari pkol 11 pagi ari Sabtu sampai la ke pukol 1 tghari hari Ahad.ada la break2 skit...huhuhu..Citer ni mengisahkan seorang bekas pelajar yang telah dilantik menjadi seorang guru di sekolah tempat dia belajar untuk mengubah perangai pelajar2 di sekolah tu yang sangat nakal..memang best...satu citer ni ada 4 CD.Aku dah jatuh cinta pada Hero citer ni...Hensem giler...so,sesapa yang nak tahu citer ni dengan lebih lanjut leh la membuat pesanan penyewaan CD pada saya.satu CD 1 inggit sehari...hahahahahah.....

Piala Malaysia [Kelantan Vs Negeri Sembilan]..Who will Win?

tup tap..tup tap...this saturday is a amazing day.yer la...this is the first time Kelantan masuk Final Piala Malaysia after 1970.Wargh...dengar cerita 30,000 ticket dah habis di jual di Kelantan.Macam mana la agak nya situasi ni ek..mesti ramai giler penyokong2 Kelantan ni.Yang tak boleh blah tu Persatuan Bola Sepak Kelantan yang di ketuai oleh Tok Guru mereka..Nik Aziz siap sediakan pakej umrah sekiranya pasukan Kelantan ni berjaya merangkul Piala Malaysia pada tahun ni..huhuhu...mesti bertambah kuat pasukan Kelantan ni pas ni..yer la dapat berdoa kat depan pintu kaabah...mmmm...aku pon tak tahu nak sokong pasukan mana sebenarnya.sebab aku ni tetap akan menyokong pasukan merah kuning..Selangor la beb..tapi nak uat macam mana malangnya Selangor tewas dengan pasukan Terangganu sewaktu semi Final di Terengganu.Tak per la...mungkin tahun ni tak der rezeki..Kite kejer piala FA lak k...huhuhu...Anyway untuk perlawanan Sabtu ni,aku pilih pasukan N9 coz corak permainan dorang yang mantap.Tambahan lagi dengan ada nya dua tonjak utama si kembar tu yang memang tak pernah lari dari mencuit mata peminat2 bola sepak tanah air..untuk piala Malaysia tahun ni aku nengok kat umah jer la gamak nya..Anyway for both team...Good Luck..Please give us something different with other game in the Previous Piala Malaysia...Agagaga Fighty...Chaiyok...Chaiyok..

Isteri, ibu dan pekerja

WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya.


PENTING bagi wanita bekerjaya memahami perasaan keluarga dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. - Gambar hiasan


Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML).

Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa.

Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.

"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.

Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.

"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.

"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.

"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.

"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.


WALAUPUN sibuk, ibu bapa seharusnya mengutamakan pemilihan menu yang sihat untuk anak-anak.


Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.

"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.

"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.

"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.

"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.


MAIMON percaya masa yang berkualiti penting dalam menguruskan anak-anak.


Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?

"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.

"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Berbohong secara kompulsif

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Human....

aku selalu berfikir kenapa manusia ni di jadikan dengan pelbagai rupa ragam.Dan yang paling aku ingin tahu kenapa kita manusia ni ada sikap dengki dan iri hati sedangkan Allah s.w.t dah jadikan manusia ni yang terbaik sebagai khalifah di muka ini.Bagi aku kehidupan merupakan satu pentas lakonan yang sudah mempunyai cerita nya sendiri.macam aku...kalo nak di ceritakan kisah hidup aku ni,aku rasa sampai esok pon belom tentu habis lagi.Kalo buat Filem gerenti 7 juta dalam tangan tuh...Huhuhu...terus terang aku katakan hidup aku lebih banyak tersiksa dari gembira.hanya opah dan atok aku jer yang dapat gembirakan hati aku..tapi yang aku pelik nya sentiasa ada orang yang dengki dengan diri aku ni.tak kira la orang tu rapat dengan aku ataupon tidak..Bg aku apa yang ada pada dirir aku adalah atas usaha aku sendiri.Tak perlu ada orang lain nak pertikai kannya..aku tak menyusahkan orang lain tapi kenapa masih ada lagi rasa iri hati tu kat aku.kehidupan aku hanya aku yang tahu.So...tak perlulah orang lain nak masuk campor.Aku ada duit ke tak der duit ke..itu urusan aku sendiri....

Tuesday, October 20, 2009

Balik Kampong...Ooooo...Balik kampong...

Ummm...Beshnya..last week on Saturday aku going back to my hometown..yea...yea...best nya..
rindu sangat ngan opah n atok...dah lama rasanya tak balik kampong..sampai jer kampong pas salam2 n kissing2...aku ngan laki aku gi ushar pokok durian opah...uuuu haiii best nya...buah nye lebat sangat...kitorang pon apa lagi...mulakan operasi menjejak buah durian..huhuhuhu....cari punyer carik...kitorang berjaya kumpul 7 biji buah durian(3 biji aku yang jumpa,4 biji lagi laki aku...ala...tewas sebijik jer...)..bawak balik umah apa lagi...operasi menelan la pulok..Perrggghhh aku bukan nak cakap besar la...tapi kalo korang rasa durian nenek aku...mesti tak tidur malam nyer..dengan isinya kuning...rasanya manis..sedap sangat...adala aku bawak balik umah 2,3 bijik...kalo nak rasa datang la umah ek...

Broken HearT!!!

ish....bengang...bengang....tensen...tensen...
aku penat sangat hari ni.malas nak pk la.dah keje menimbun-nimbun...masaalahnya pon bertimbun-timbun la..tup tap ada test lak...malas nya nak study...apasal la keje aku ni sangat memenatkan diri aku..UrrgggHHHH....

Thursday, October 8, 2009

Saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Tuesday, October 6, 2009

Bengang.....Looser!!!!!

eeee.....geram+tension aku......aku bengang ngan boss aku tak kira la Manager aku ke ataupon AGM aku...tension.semenjak aku tukar tempat duduk ni asik aku jer yang jadi mangsa.semalam aku kene sound ngan boss aku sebab datamg lewat.bukan nyer aku sengaja pon nak datang lewat.Tup..tup kena sound lak...mentang2 la aku dok depan korang,smua yang aku uat semuanya korng nampak ek...orang lain yang rapat ngan korang tu tak naklak korang sound..apa punyer boss la..sepatutnya sebelom korang sound aku korang kena tahu jalan dari s.alam ke KL tu jem ke tak?pastu kn tau gak baper banyak traffic light kat s.alam tu.Baper banyak roundabort,simpang2 kat ibu negeri Selangor tu...Tension tol la..Terus terang aku bg tahu korang bukan boss..tapi hanyala pemerhati bebas yang suka hati nak marah orang.nasib baik la dari kecik lagi aku di ajar adab sopan.Kalo tak dah lama aku sound korang balik..hahahahahaha

Monday, October 5, 2009

CountDown For NoVember..

mmm...tak sabar rasanya nak tunggu bulan sebelas ni..bukan aper tak sabar nak shopping sebenarnya..kebetulan bulan sebelas ni aku nyer turn dapat duit kutu...Yee haa...best nya...aku dah plan ngan laki aku bulan sebelas ni aku nak beli peti ais n mesin basuh baru..eee...best nya..tak sabar rasanya la..nak hias dapor aku tu...kasi nampak berisik skit...huhuhu...kalo ada rezeki lebih kitorang nak beli meja makan baru n Langsir baru...huuhu...dah habis raya baru nak tukar semua...nak uat macam mana...raya ari tu bajet lari la...huuhuu...Aku ingat nak beli jenama Haier tapi ok ke?sesapa yang ada pengalaman leh advice x?..tak pon aku nak beli jenama Toshiba..sebab mak mertua aku nyer peti sejuk jenama toshiba..tahan lama tu..

Kalo tak ada apa2 hal Sabtu ni Keluarga mertua aku uat open house kat Restoran baru.Restoran Al-Rizk.Sempena bulan syawal yang masih ada ni n sempena nk mmperknalkan restoran ni. Berdekatan ngan sekolah menengah teknik shah Alam n dalam kawasan taman pinggiran subang.Sesiapa yang familiar ngan tempat tu leh la datang.Di jemput semua hadir k...

Sunday, October 4, 2009

Open House..



Hari Sabtu yang Lepas sepupu aku uat open house kat Putrajaya(Persint 14).Acara bermula dari pukol 2 sampai pukol 6 petang tapi aku sampai kat umah dia dalam pkol 4.30 petang.Sebelom tu aku pegi beraya umah Along aku kat Klang..Semua family aku ada kat sana...Along aku belanja makan tengahari...Best giler la dapat makan reramai ni..pastu aku terus gerak gi umah sepupu aku...sampai tersesat menceri umah dia...Pergh...punyalah besar umag dia...Walau pon hanya apartment tapi aku dah rasa cam dok kondo jer...umah tu sebenarnya quarters untuk staff kerajaan.Yer la sepupu aku kerje kat Imegresen sebab tu la dapat umah tu..Wah...dah la dok sorang jer plak tu...bengang tol aku nengok nye...huhuhu..dah la umah besar...cantik plak dekorasi dalam umah tu...(Sepupu aku ni mmg minat sangat hiasan dalaman..).Banyak giler duit orang kerajaan ni ek...nnt tolong hias umah aku lak ek..huhuhu...bercerita balik pasal umah terbuka dia..
Punya la banyak dia masak..tapi yang aku sempat makan masa tu laksa jer...pandai gak minah ni masak..pastu kitorang lepak2 sembang ngan opah n atok.Alang2 dah berjumpa ni mmg tak dok diam la mulut aku ni..malam tu aku tidor umah spupu aku ni...dalam pkol 12.00 tgh malam kitorang gi main bowling reramai kat alamanda..best giler rasa cam alamanda tu atok kitorang jer yang punyer..huhuhuhu...best la sesangat..esok nya reramai gi beraya umah aku.tapi malangnya umah aku ni kecik jer..memang sempit la..(rasa nyesal lak berenti keje gomen dulu..kalo tak bleh gak aku dapat umah besar cam sepupu aku).dekorasi nyer po..hampeh...maklumlah umah bujang...huhuhuhu(bujang ke?)...ape2 pon TQ yalin n family ucapkan pada opah n atok serta mak long n family di atas kesudian mereka semua datang beraya di rumah kami...huuhuh..

mY nEW gAdGet..









hohohoo...seronoknya aku nak tulis Topic ni...Bukan aper aku gembira sangat sebab sepanjang aku kerja ngan Telekom Malaysia ni dah macam2 benda aku dapat beli..Yang terbaru ni aku berjaya dapat kan 3 biji Handphone....maknanya aku dah ada 4 biji Handphone sekarang ni(termasuk handphone aku yang lama Sony Ericsson K8ooi)...Untuk yang baru ni aku berjaya beli handphone terbaru Nokia N97(yang ada iklan kat TV tu)kaler putih..+ 2 biji handphone nokia 5800 eXpress Music..(satu aku bagi hadiah kat Laki aku sempena Hari ulang tahun kelahiran dia yang ke 26 baru2 ni...).Tapi yang aku guna sekarang ni hanyalah handphone eXpress Music aku(Malas nak pakai banyak nombor..).Handphone N97 aku uat tuk main game jer...sebab leceh la nak bukak2..
Bukan nyer nak menunjuk tapi tu semua bagi aku pelaburan jugak kan...dari tak beli ape2 lebih baik aku timbulkan ngan barang2..nampak la hasilnya titik peluh aku bekerja kan...Yang paling gembiranya aku dapat gembirakan laki aku...yer la dah baper tahun dia tak tukar handphone...asyik pakai handphone buruk jer..Seronok nyer...Saper2 yang nak sewa handphone boleh datang jumpa aku k...hohohohoho....


Lagi Satu harta yang aku dapat beli ialah Camera Digital Sony Cybershot...Kaler pink Lagi(Miss Haidi jangan jeles ek)...actually ada banya kaler.Mula2 aku nak amik kaler merah...tapi tetiba biler tuan kedai tu kuarkan kaler pink terus jer aku sambar...bukan aper cute giler la..Alhamdulillah....Camera ni aku beli pon bukan untuk menunjuk tapi untuk kegunaan aku sekeluarga...yer la family belah nenek aku ni teramat la besar..every month mesti ada function.So,dengan ada nya camera ni leh la aku capture semua kenangan indah bersama...huhuhuhu...Thanks God..

Sunday, September 27, 2009

Rindunyer Kat Opah N Atok....

hari ni aku rindu sangat kat opah n atok kat kampong...entah la..asik teringat jer.....macam biasa la petang tadi aku call opah,opah cakap dia sakit...tak larat,penat...sian opah..kalo lah aku tak keje dah lama aku balik kampong jaga opah..atok pulak dah 3 hari demam tak bangun2..risaunya..bila pk balik rasa cam nak berenti keje je..yer la lebih baik aku balik kampong jaga opah n atok..nak di bandingkan dengan jasa dorang jaga aku selama aku hidup kat dunia ni..tak terbalas...macam mana la keadaan opah n atok agak nya...opah atok lin minta maaf...tapi insyaAllah lin akan balik dalam masa terdekat ni...Sayang opah n atok...hati aku ni ngah risau ni..apa la agak nya yang opah n atok ngah uat ni..macam mana la dorang jaga diri di saat dorang sakit macam ni..macam mana plak la ngan makan minum dorang..makan ke tak?..Ya Allah...panjang kan umur mereka...tak terbalas lagi jasa n pengorbanan aku kat mereka..Amin...

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya...
















Macam bisalah...ni hari yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua umat islam untuk meraikannya..
bukan aper...time ni la masa nya nak berjumpa sanak saudara yang jauh di mata..aku start balik kampong hari jumaat yang lepas..samapi jer kat kampong teros aku tolong opah kemas umah...yer la maklum jer la ramai orang nak beraya kat umah..pastu terus cargas gi blakang cuci buloh lemang n ambik daun pisang untuk persediaan nak uat lemang esok.mmmm....tak sabar rasa nya nak makan lemang cicah ngan rendang...best nyer...hari sabtu jer...ramai la yang sampai kat umah opah...apa lagi...meriah nya masa tu dah macam nak kenduri kawen...sambil masuk kat pulut dalam batang buluh sempat gak la kitorang borak2....biasalah...benda pertama yang pasti nyer keluar dari mulut....ko keje mana?...huhuhuhu....yer la setaun sekali jer jumpa...ni ajer la masanya nak tahu pekembangan sedara mara...yer x?pagi raya macam biasa la...bersalam-salaman tu dah memang jadi tradisi...pastu...ehem..ehem...duit raya la...pokai aku...bayang kan la...opah aku ada 10 orang anak...secara puratanya setiap anak ada 5 orang anak...dah baper dah tu...tu tak termasuk anka buah n anak sedara mara...tapi sebenarnya...benda2 macam ni la yang uat hari raya ni penuh makna...rindunya la kat opah n atok kat kampong..ok la Selamat Hari raya Aidil Fitri...maaf Zahir dan Batin..

Bukak Puasa di Muara Tanjung Harapan..North Port..











Aku dah lupa la biler aku gi ni..kalo tak silap aku on 08 sept 2009..tarikh hari lahir mak mertua aku ngan kakak ipar aku..malam tu mak mertua aku nak blanja makan besar kat Muara port Klang..yer la sempena hari lahir dia ngan akak ipar aku juga sempena birthday laki aku yang bakal menjelma dalam bulan tu...(11 sept) huhuhuhu....apa lagi aku pon on jer la akngat kaki...dah orang nak blanja...gaji tak dapat lagi lak tu..best sangat...kitorang dapat meja betol2 kat tepi laut tu..macam2 mak mertua aku order untuk makan...nyum...nyum...kalo tak salah aku menu kitorang malam tu ialah..Sotong Goreng tepong,Udang Besar Goreng tepong,Ketam Bakar,Ikan Pari Bakar,Ikan Siakap masak Sweet Sour,Kangkung Belacan,Tom yam campor dan juga sedikit kuih muih sebagai manisan..tengok jer makanan tu perot mula la..dah berkerak kerok lapar....azan jer tak bagi can terus sambar makanan...huhuhuhu...best nya...anyway...tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari lahir especially uat my hubby bunny Mr.K,untuk ibu mertuaku Pn.Norhayati Binti Johan n Akak ipar aku Tuty Noormalina a.k.a along.

Tak Terupdate Blog aku ni...

Salam selamat hari raya uat semua..seronoknya...lepas berhempas pulas berpuasa selama sebulan,akhirnya sempat jugak aku merasa beraya tahun ni..alhamdulillah dengan berkat dari Allah s.w.t aku masih dapat bernafas dan bernyawa untuk meraikan hari yang bahagia ni...

Wednesday, September 9, 2009

Kekasih lama..

Huhuuuhuhu...tak tahan dengan tajuk post ni..tetiba jer pagi tadi teringat ex-bf aku..arwah muhammad Arif Nor bin Shafie yang telah meninggalkan dunia ni pada 06 January 2003.Dah nak dekat 6 tahun dah..anak bongsu dari tiga beradik..meninggal dunia di sebabkan kemalangan motorsikal dengan sebuah kereta proton waja.mmm...tak dapat nak di ceritakan keadaan arwah ketika itu..aku sempat melawat dia pon waktu dia dah nak di kebumikan.masa tu perasaan tak tahu la nak cakap..rasa dunia ni gelap jer..yerla seorang insan yang disayang hilang depan mata kita.aku kenal dia masa aku form 4.aku ngan dia satu kelas(4A1 & 5A1).detik perkenalan sewaktu aku ngan dia bergaduh dalam kelas sebab dia tak jalankan duty dia ari tu...kalo tak salah aku buan sampah..aku kejar dia dengn penyapu..maklumlah aku ni penolong ketua kelas a.k.a pengawas sekolah.kena la jaga disiplin budak2 dalam klas tu..hua..hua..hua..poyo jerk..start dari hari tu aku paling benci giler la ngan mamat ni..aku ngan dia tak bertegur sampai ujung tahun 2001.tup..tup..tup..time exam ujung tahun dia hadiahkan aku seutas jam tangan(ala yang sepuloh hinggit tu jer)..and sekeping surat cinta..dia pas kat member dia suh bagi kat aku..hahahaha...cinta berok nak start dah..tapi aku jual mahal..aku buang hadiah dia depan muka dia..macam dalam drama tv tu..tapi mamat ni tak putus asa..tetiap hari dia hntar aku surat cinta kat dalam laci meja sekolah aku..(sampai sekarang aku simpan surat dia).tapi betol lah kata orang hati pompuan ni keras macam kerak nasi..disimbah dengan air lembut la dia...so awal tahun 2002 aku terima dia..perkenalan aku ngan dia merubah hidup aku 100% mana tak nya dulu kau yang pendiam dah jadi aku yang banyak cakap...aku yang pemalu kepada yang tak tahu malu..huuhu..aku yang lemah dan lembik dah jadi atlet sekolah tu..best...biler sesama jadi atlet sekolah..biler gi bertanding jer sesama bg kata semangat...aduih romantiknya...study sesama..sampai la periksa SPM.tapi tu la...jodoh pertemuan di tanga tuhan..dah tertulis aku ngan dia tak akan bersama..aku redha dengan ketentuannya..walaupon dah enam tahun dia pergi meninggalkan aku..tapi kenangan ngan dia tetap segar di ingatan.Alhamdulillah aku pon dah berumah tangga sekarang ni..bahagia di samping suami tercinta..Apapon ada sebab tuhan jadikan sesuatu perkara tu..sebab tu sebagai manusia dan hambanya patut bersyukur dah redha atas segala ketentuannya..

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..hari ni dah masuk puasa yang ke 20 hari..tak lama lagi dah nak berhari raya la pulok..ahaks..tapi rasa sedih plak nak meninggalkan bulan yang mulia ni..lelebih lagi bila mengenangkan dosa yang terlalu banyak pada Allah s.w.t..ni jer la satu2 nya bulan yangboleh menambahkan pahala dan meringan dosa..dengan hanya sekecil-kecil amalan akan menerima sebesar-besar pahala tuhan.huhuhu...dah macam ahli agama la pulok..bila dah dok umah sendiri ni,terasa sangat keseronokan berpuasa ni..biler balik keje je gi jalan2 kat pasar ramadhan ngan hubby..tak pon kelam kabut la masak juadah berbuka...berperang kuali la jawabnya..pastu pagi2 bangun untuk siapkan sahur lak..(tapi slalu nya my hubby yang uatkan)..seronok sangat..baru la terasa kehidupan berumah tangga..

Lama dah Tak Update Blog ni...

MMm...biasa la dengan keadaan yang banyak keje sekarang ni,memang payang skit aku nak mengupdate blog ni..bukannya sengaja tak nak update..tapi insyaAllah,mulai hari ni dan hari-hari kana datang aku akan meneruskan coretan harian aku kat blog ni..huhuhuh..blog ni umpama diari aku la..

Thursday, July 16, 2009

Hepi FriDay...

Hari jumaat memang hari yang di tunggu-tunggu sangat....bukan aper esok dah cuti....huhuhuhuhu...tak der la kena bangun pagi-pagi nak gi keje..HoooRay.....dapat la tido lelama skit...mmm..tapi ada skit masalah la...still tak leh nak berehat-rehatan...tadi kak deela n Chew(senior) ada bg tau nxt week ada exam...waaaaaa...apa nak jawab ni...dah la exam depan Big Boss lak tu...ayarkhhh....study....study....mnta2 lulus la...kui..kui...kui...(otak dah tepu sebenarnya).Petang ni balik awal...singgah umah mak jap amik baju pastu pastu balik umah sendiri hahahaha...(Free Laundry)..dapat la rehat awal skit sementara nak tunggu citer Nur Kaseh malam ni...layan gak citer tu..Hubby lak ada game petang ni..aku sengsorang jer la petang ni nampak nya...

BiLer Nak Gi Kursus Lagik......
















Dah nak balik ni..tapi sementara tunggu laki aku sampai,baik aku menulis sepatah dua kata kat blog ni...mmm...ari ni cam biasa,banyak keje..tapi malas nak uat..ahaks..tetiba teringat kat memember kat Terengganu masa kusus ari tu...mmmm...rindu nyer....korang uat aper la sekarang kan...enjoy sangat kenangan kita kat sana...suah senang semua sesama...mmm...hopefully dapat jumpa korang lagik...huhuhuuh....

Banyak nYer Ubat.....

Aduh batuk lagi....pas lunch tadi aku gi jumpa doktor kat Annexe 2..batuk dah tak tahan la...tekak ni gatal2 jer..sampai ke dada rasanya..pas register tunggu jap sampai doktor panggil aku..masuk bilik doktor,doktor suh aku bilang 1 sampai 20 dalam satu nafas..dah tentu-tentu la tak leh..termengah-mengah aku di buat nya...cek punyer cek doktor kata aku ada asma..alamak...penyakit keturunan tu..doktor suh aku masuk treatment room...amik O2..ish tu yang aku mals jumpa doktor tu...memacam lak doktor ni...dari tak sakit terus bermacam-macam penyakit lak...tapi disebabkan memember se opis aku yang dah tak tahan dengar aku batuk...aku ikut jer la cakap doktor tu...tapi mmg lega la pas amik gas tu...Baik Punyer...huhuhuu...Banyak Giler doktor ni bagi aku ubat..tak hengat...nak suh aku tercekit obat agak nyer..ahaks...Wuteva TQ DR.RosOOl......Hopefully hilanglah penyakit ni dari tubuh badah aku..Amin....

Wednesday, July 15, 2009

Cemburu ke?


mmmm....malam tadi mimpi yang kurang besh la...iyer la..ade ke patut mimpi laki aku tinggalkan aku demi pompuan lain?...ish...ish...ish....sedey tol la mimpi tu...

tu la ni semua sebab laki aku yang selalu uat hal kat aku...ada ke patut dah ada bini cun melecun macam aku nak carik pompuan lain lagi...siap dating senyap2 lak tu..tu lah lelaki..tak penah cukop dengan satu..aku bukannya aper..aku ni jenis tak suka la ada masalah2 macam ni..

tertekan aku...aku dah uat baik kat dia jangan la carik pasal ngan aku...harap laki aku berubah dan bertaubat...ingat la dunia ni sementara jer...pk la pasal kehidupan kita..ape pon aku tetap bersyukur di kurniakan suami yang hebat dan penyabar macam dia...biasa la..adat berumah tangga...ada masa ok ada masa x ok...yang penting sama2 ikhtiar untuk kebahagiaan bersama...

Baru nak mula Blogging..

mmm...ni hari pertama aku mulakan penulisan dalam blog ni...
aku pon tak tahu nak tulis aper...tapi masa gi keje tadi tetiba jer teringin nak uat blog sendiri...
yer la..kat blog ni dapat jugak la aku nak luah perasaan ke ape kan..
pagi tadi datang keje lambat..tak tau la...sejak dok umah baru ni asik lewat jer...mnkin seronok sangat dapat tidor atas katil baru...hahahahaha.....dalam perjalanan nak pi keje tetiba je teringat pada arwah bf aku...astaghfirullahala'zim..al-fatihah uat arwah dan semua umat islam yang telah kembali ke rahmatullah...bukan aper...seronok plak biler ingat kenangan dulu2...time sekolah..biasalah cnta monyet..main kejar2...merajuk sini saha..huhuhu...lawak tol la...
ape pon setiap perjalanan kehidupan ada pahit manis yang akan tetap di kenang....