Wednesday, November 11, 2009

Kelantan Vs Negeri Sembilan






rasa nya tak terlambat lagi aku nak tulis isu hangat ni.bukan aper aku ni pn salah seorang peminat setia bola sepak tempatan.utnuk musim ni dengan perasaan hampanya aku tak gi tengok piala malaysia kat Stadium coz Selangor tak masuk Final.Hw Evr,aku still follow this game from my hse.kira ok la...tak der la penat sangat kan..perlawanan malam tu mmg panazzz la bg aku...tgk ajer la kat tv dengan penyokong pasukan Kelantan yang lebih dr 70000 menggamatkan suasana berbanding dengan penyokong negeri sembilan yang dikabar kan hanya lebih kurang 25000 orang sahaja..mmm tapi tak per itu semua tak penting yang penting game malam tu..aku tetap yakin N( akan berjaya malam tu.Keyakinan aku bertukar menjadi kenyataan bila N9 berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan gol 3-1.mmm...boleh tahan jugak N9 ni...meleleh air liur penyokong Klantan di buat nya..huhuhuuh..tapi aku betoi2 respec dengan jaringan terakhir/tunggal dari pasukan Kelantan yang di sempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin.Memang cun giler sey free kick dia...dengan satu sentuhan jer dia dapat menundukkan penjaga gol pasukan N9.Syabas Indra..Walaupon Kelantan tewas tapi jaringan gol tu cukup membuatkan penyokong N9 ternganga...huhuhuhu...tapi jaringan tu dah terlambat la...maybe badan br nak panas kot...huhuhu...secara realitinya dari sudut pandangan aku kedua-dua pasukan ada kelebihan masing2.Tapi pasukan N9 lebih menyerlah malam tu
mugkin kerana semangat kenegerian yang tinggi ingin di tonjolkan oleh pemain2 nya berbanding dr pasukan Kelantan yang rata2 semua pemain nya bukan anak jati Kelantan.Mungkin itu juga boleh di jadikan diantara sebab kekalahan mereka pada malam tersebut.Aku paling tak puas hati dengan penyokong Kelantan ni..tak der semangat kesukanan langsung...kalah skit bakar sana sini..buat huru hara kat tempat orang..ape2 ntah..mgkin bukan semua tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga..yang susah nya KAFA yang di kenakan denda RM 50000 atas masalah penyokong2 nya...apa la...ape pon tahniah N9..Good Job..Idup Nogori...

Wednesday, November 4, 2009

Biscuit teacher and Candy Students...

Last weekend aku ada banyak sangat masa free..nak tido pon dah letih..so,aku mengambil inisiatif ni tengok citer Korea(tajuk yang kat atas tu..).Memang best giler la...citer ni komedi romantik..pastu ada la skit2 citer sedey nya..aku pon layan citer ni la citer ni dari pkol 11 pagi ari Sabtu sampai la ke pukol 1 tghari hari Ahad.ada la break2 skit...huhuhu..Citer ni mengisahkan seorang bekas pelajar yang telah dilantik menjadi seorang guru di sekolah tempat dia belajar untuk mengubah perangai pelajar2 di sekolah tu yang sangat nakal..memang best...satu citer ni ada 4 CD.Aku dah jatuh cinta pada Hero citer ni...Hensem giler...so,sesapa yang nak tahu citer ni dengan lebih lanjut leh la membuat pesanan penyewaan CD pada saya.satu CD 1 inggit sehari...hahahahahah.....

Piala Malaysia [Kelantan Vs Negeri Sembilan]..Who will Win?

tup tap..tup tap...this saturday is a amazing day.yer la...this is the first time Kelantan masuk Final Piala Malaysia after 1970.Wargh...dengar cerita 30,000 ticket dah habis di jual di Kelantan.Macam mana la agak nya situasi ni ek..mesti ramai giler penyokong2 Kelantan ni.Yang tak boleh blah tu Persatuan Bola Sepak Kelantan yang di ketuai oleh Tok Guru mereka..Nik Aziz siap sediakan pakej umrah sekiranya pasukan Kelantan ni berjaya merangkul Piala Malaysia pada tahun ni..huhuhu...mesti bertambah kuat pasukan Kelantan ni pas ni..yer la dapat berdoa kat depan pintu kaabah...mmmm...aku pon tak tahu nak sokong pasukan mana sebenarnya.sebab aku ni tetap akan menyokong pasukan merah kuning..Selangor la beb..tapi nak uat macam mana malangnya Selangor tewas dengan pasukan Terangganu sewaktu semi Final di Terengganu.Tak per la...mungkin tahun ni tak der rezeki..Kite kejer piala FA lak k...huhuhu...Anyway untuk perlawanan Sabtu ni,aku pilih pasukan N9 coz corak permainan dorang yang mantap.Tambahan lagi dengan ada nya dua tonjak utama si kembar tu yang memang tak pernah lari dari mencuit mata peminat2 bola sepak tanah air..untuk piala Malaysia tahun ni aku nengok kat umah jer la gamak nya..Anyway for both team...Good Luck..Please give us something different with other game in the Previous Piala Malaysia...Agagaga Fighty...Chaiyok...Chaiyok..

Isteri, ibu dan pekerja

WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya.


PENTING bagi wanita bekerjaya memahami perasaan keluarga dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. - Gambar hiasan


Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML).

Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa.

Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.

"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.

Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.

"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.

"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.

"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.

"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.


WALAUPUN sibuk, ibu bapa seharusnya mengutamakan pemilihan menu yang sihat untuk anak-anak.


Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.

"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.

"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.

"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.

"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.


MAIMON percaya masa yang berkualiti penting dalam menguruskan anak-anak.


Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?

"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.

"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Berbohong secara kompulsif

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Human....

aku selalu berfikir kenapa manusia ni di jadikan dengan pelbagai rupa ragam.Dan yang paling aku ingin tahu kenapa kita manusia ni ada sikap dengki dan iri hati sedangkan Allah s.w.t dah jadikan manusia ni yang terbaik sebagai khalifah di muka ini.Bagi aku kehidupan merupakan satu pentas lakonan yang sudah mempunyai cerita nya sendiri.macam aku...kalo nak di ceritakan kisah hidup aku ni,aku rasa sampai esok pon belom tentu habis lagi.Kalo buat Filem gerenti 7 juta dalam tangan tuh...Huhuhu...terus terang aku katakan hidup aku lebih banyak tersiksa dari gembira.hanya opah dan atok aku jer yang dapat gembirakan hati aku..tapi yang aku pelik nya sentiasa ada orang yang dengki dengan diri aku ni.tak kira la orang tu rapat dengan aku ataupon tidak..Bg aku apa yang ada pada dirir aku adalah atas usaha aku sendiri.Tak perlu ada orang lain nak pertikai kannya..aku tak menyusahkan orang lain tapi kenapa masih ada lagi rasa iri hati tu kat aku.kehidupan aku hanya aku yang tahu.So...tak perlulah orang lain nak masuk campor.Aku ada duit ke tak der duit ke..itu urusan aku sendiri....